Ayam sejuk beku keluaran Tyson Foods. foto Agensi

BEIJING – China mengharamkan pengimportan daripada pengeluar ternakan utama Amerika Syarikat dan mengarahkan kilang Pepsi di sini ditutup selepas pihak berkuasa mengarahkan penutupan pengeluaran dan pengagihan makanan susulan penemuan kluster baharu di ibu kota China ini.

Pegawai kesihatan juga melaporkan sebanyak 22 kes virus baharu di Beijing, yang mana mereka telah melakukan ujian saringan ke atas lebih dari dua juta penduduk.

China sedang berusaha menangani gelombang jangkitan baharu yang dicetuskan di pasar borong dekat sini.

Pentadbiran kastam memaklumkan import ayam beku dari Tyson Foods telah digantung sementara selepas Covid-19 ditemui di salah satu kemudahan pengeluarannya di Amerika Syarikat.

Produk-produk dari firma itu yang sudah tiba di China akan disita, kata Kastam dalam satu kenyataan

Syarikat gergasi makanan dan minuman, PepsiCo juga diperintahkan untuk menutup salah satu kilang pembuatan makanan ringan di Beijing setelah beberapa pekerja diuji positif, kata jurucakap syarikat, Fan Zhimin.

Katanya, sebanyak 87 kontak telah dikesan dan diasingkan.

Setakat ini lebih daripada 220 orang didapati positif Covid-19 dari kluster baharu Beijing yang dikesan daripada papan pemotong ikan salmon di pasar Xinfadi.

Pasar borong yang membekalkan lebih daripada 70% makanan segar itu telah ditutup.

Penduduk yang telah membeli makanan laut dan produk kacang di pasar itu diminta melupuskannya.

Beijing menjalankan kempen di seluruh negara untuk memeriksa semua produk segar yang berasal dari “negara berisiko tinggi” berikutan penemuan virus itu di kilang di Jerman dan Amerika Syarikat. MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Steady China, barangan import dan kilang Pepsi disita dan ditutup, jika berlaku diMalaysia dan Hatok Der jadi Piyem mahu dia paksa rakyat terus beli apalagi libat company itu milik kleptokrasi keluarganya kemudian dia cakap jika tidak dibeli rakyat barang berlambak itu hendak letak dimana dan jika tutup kilang rakyat nak kerja apa? Teringat bila dia berkuasa diminta untuk menyekat kemasukan rakyat China dan minta mengarahkan “pengeluaran” pendatang China dia cakap “orang itu sihat Dan barang” itu bukan penyakit. Eyelahhhh anakberanak terlibatkan…

Comments are closed.