Majlis atau kenduri perkahwinan belum dibenarkan operasi ketika ini.

KUALA LUMPUR – Sama ada majlis perkahwinan dibenarkan atau sebaliknya, akan diputuskan Rabu ini, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri.

Beliau berkata, SOP mengenai majlis itu akan dibincang lebih terperinci pada mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) petang esok.

Ismail Sabri Yaakob

“Esok kita akan bincang mengenai SOP iaitu jumlah kehadiran dan sebagainya. Rabu nanti saya umumkan,” katanya menjawab soalan media pada sidang khas Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Menurut beliau, setakat ini kerajaan hanya membenarkan aktiviti riadah dan renang di kolam, pawagam dan teater mulai 1 Julai ini sahaja, kerana kehadirannya boleh dikawal, iaitu tidak melebihi 250 orang.

Mengenai solat dua sesi sebagaimana dilakukan di Singapura, Ismail Sabri berkata, kerajaan menyerahkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama untuk menelitinya.

Bagaimanapun, katanya, sebelum ini kerajaan telah membenarkan umat Islam menunaikan solat di masjid dan surau dengan kapasiti satu per tiga dari keluasan dewan utama solat.

“Solat dua sesi ini, eloklah Menteri Hal Ehwal agama jawab. Ia akan ditelitikan oleh Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast