KUALA LUMPUR: Setahun menyulam kasih Risteena Munim menerima hadiah kereta mewah daripada tunangnya, Isa Khan.

Hadiah sempena genap setahun hubungan kedua-dua artis tersebut, Risteena berkata, Isa menghadiahkan kenderaan terbabit selepas perniagaan minuman kesihatan Lovit yang diusahakan mereka berkembang maju.

“Saya tidak tahu-menahu mengenai hadiah kereta ini. Malah, saya tiada hadiah kepada tunang sempena ulang tahun perkenalan kami.

“Isa suka beri kejutan. Cuma kali ini berbeza berkat pencapaian perniagaannya. Kereta ini adalah untuk kegunaan bersama,” katanya.

Risteena menyifatkan hadiah istimewa daripada tunangnya sebagai bukti Isa sentiasa berusaha mencapai impian.

“Isa membuktikan usahanya berbaloi. Dia kerja keras untuk mendapatkan apa yang dimahukan” katanya.

Mengenai perancangan berkahwin, Risteena memberitahu, dia dan Isa mahu menyegerakan perkara itu.

Kedua-dua pasangan itu berkenalan setahun lalu selepas membintangi drama Bulan Di Kota Langit.- MalaysiaGazette