TERKINI : M.A.S Tak Mati, Bagai Melukut di Tepi Gantang – Shamsuri Suradi

Pelan pembangunan di Kampung Baru tidak akan direalisasikan dalam masa terdekat. Perkara itu disahkan Lembaga Pentadbiran Malay Agricultural Settlement (MAS).

Setiausaha Kehormat MAS, Shamsuri Suradi berkata, meskipun pelbagai perancangan termasuk pengambil alihan diatur untuk Kampung Baru sejak tahun lalu namun ia tidak akan dilaksanakan oleh kerajaan.

Menurutnya, pentadbiran kerajaan ketika ini turut ada menyatakan tidak mempunyai kewangan yang cukup untuk menjalankan pembangunan di kampung tradisi Melayu itu.