Ayob Khan Mydin Pitchay

KUALA LUMPUR – Polis johor percaya akan dapat mengesan saki baki individu yang terlibat dalam penyeludupan dadah dari Kranji, Singapura ke Johor dengan menggunakan dron dengan tertangkapnya seorang lelaki warga Singapura dikenali sebagai ‘Boy Setan’.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihaknya telah memberkas Boy Setan pada pukul 1 petang hari ini.

“Tangkapan dilakukan sepasukan polis dari JSJN (Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik) IPK (Ibupejabat Polis Kontijen) Johor yang telah membuat serbuan di Taman Mount Austin, Johor Bahru,” katanya dalam kenyataan.

Semalam, Ayob Khan berkata, Boy Setan atau nama sebenarnya Mohamad Azli Ahmad Said, 40, dikehendaki pihak berkuasa Singapura kerana kesalahan berkaitan dadah.

Sabtu lepas, polis telah menangkap dua lelaki Singapura kerana menggunakan dron untuk menyeludup dadah ke Singapura dari Malaysia.

Menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) dan Biro Narkotik Pusat (CNB), data penerbangan yang diambil daripada telefon salah seorang suspek menunjukkan dron itu diterbangkan dari Kranji, Singapura ke Johor Bahru sebelum kembali semula ke Kranji. – MalaysiaGazette