Melalui pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 1.0, TEKUN telah menawarkan pembiayaan khas sehingga RM2,000 untuk modal pusingan dan baikpulih motosikal yang telah dilaksanakan sejak April sehingga kini.- Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – TEKUN Nasional (TEKUN)  mengambil langkah
proaktif dalam membantu rider yang terjejas daripada kesan ekonomi akibat Covid-19 dengan menawarkan bantuan melalui
program TEKUN Mobilepreneur.

Melalui pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 1.0, TEKUN telah menawarkan pembiayaan khas sehingga RM2,000 untuk modal pusingan dan baikpulih motosikal yang telah dilaksanakan sejak April sehingga kini.

“Program ini diperuntukan untuk 500 pemohon (rider) terawal di mana seramai 211 pemohon dengan nilai RM394,000 yang telah diluluskan permohonan sehingga 23 Jun ini,” kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Tawaran itu dibuka kepada semua ‘Riders Berdaftar’ melalui syarikat ‘e-hailing’ seperti Grab, Foodpanda, Bungkusit, Lalamove, MyMakan, Zeptoekpress dan
Mrspeedy.

TEKUN juga akan melancarkan Pembiayaan Tekun Mobilepreneur 2.0 di mana program ini meliputi pembiayaan maksima sehingga RM10,000 bagi pembelian motosikal baru dan modal pusingan.

“Pemohon juga perlu berdaftar dengan syarikat e-hailing dan melepasi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

“Program yang akan dilancarkan pada 7 Julai ini adalah salah satu
daripada usaha kerajaan dengan menggunakan dana PENJANA,” kata Wan Junaidi.

Namun, katanya, peruntukan awal sebanyak RM1 juta telah disediakan bagi 100 pemohon awal dan tambahan 400 pemohon dengan peruntukan sebanyak RM4 juta akan dimaklumkan.

“Program itu diharap dapat membantu rider mengekalkan kesinambungan ekonomi masing-masing dan dapat melonjakkan semula ekonomi negara sepanjang tempoh yang mencabar semasa Covid-19,” ujarnya.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web TEKUN di www. tekun.gov.my untuk bantuan.- MalaysiaGazette