Suruhanjaya Tinggi India di Islamabad.

ISLAMABAD/NEW DELHI – Pakistan meminta India mengurangkan kakitangan diplomatik sebanyak 50 peratus di Islamabad, kata Menteri Luar, Shah Mahmood Qureshi.

Dalam ketegangan hubungan antara kedua-dua negara itu, pada Selasa lalu, India berkata, ia akan mengusir separuh daripada kakitangan kedutaan Pakistan di New Delhi dalam tempoh tujuh hari kerana mendakwa mereka melakukan pengintipan dan keganasan.

“Jika kakitangan Pakistan pulang, kakitangan India juga akan pulang,” kata Qureshi dalam kenyataan sambil menambah Islamabad akan ‘bertindak balas sepenuhnya’ kepada dakwaan New Delhi terhadap diplomat Pakaistan yang mana menurut beliau, ia jelas mencabuli Konvensyen Vienna 1980.

“Tuduhan India terhadap kakitangan Suruhanjaya Tinggi Pakistan tidak berasas. India cuba mencari alasan untuk melaksanakan operasi meletakkan kesalahan pada Pakistan dan cuba menutup kesilapan dalam menangani China,” katanya yang merujuk pertempuran antaara India dan China di sempadan Ladakh seperti dipetik Arab News.

Tindakan India itu dilakukan beberapa hari selepas ia menuduh Pakistan menculik dua kakitangan kedutaanya di Islamabad.

“Pegawai yang pulang ke India pada 22 Jun telah menyediakan grafik secara terperinci mengenai layanan biadap yang mereka alami di tangan agensi Pakistan,” kata Kementerian Hal Ehwal Luar India dalam satu kenyataan.

Sebagai langkah tindak balas, Pejabar Luar Negara Pakistan telah memanggil pegawai diplomat India dan memintanya mengurangkan bilangan kakitangan Suruhanjata Tinggi India sebanyak 50 peratus dalam tempoh tujuh hari. – Agensi