Al Ansar IBS menawarkan harga promosi bermula RM95,000 sehingga 31 Ogos ini.

KUALA LUMPUR – Al Ansar IBS PLT (Al Ansar IBS) yang merupakan syarikat kontraktor perumahan yang menggunakan  kaedah inovasi Sistem Binaan Berindustri (IBS) bagi pembinaan banglo di negara ini menyasarkan jualan sebanyak 20 unit pelbagai reka bentuk sepanjang tempoh promosi Merdeka yang bermula pada  15 Jun sehingga 31 Ogos ini.

Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Muhamad Khanafi Husin berkata, promosi yang dilancarkan baru-baru ini adalah rentetan kejayaan promosi raya yang berakhir Mei lalu.

Jelas beliau, sambutan yang diterima  menggalakkan walaupun negara berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat  diancam pandemik Covid-19.

“Sambutan orang ramai tersebut antara bukti integriti Al Ansar IBS PLT sebagai kontraktor Bumiputera dengan 23 tahun pengalaman dalam bidang hartanah di Malaysia terus dipertahankan.

“Ditambah pula syarikat kami antara kontraktor perintis teknologi IBS di Malaysia sejak 2016,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Baru-baru ini, Al Ansar IBS turut mengadakan majlis penyerahan kunci yang mengikut  Prosedur Operasi Standard (SOP) seperti arahan pihak kerajaan dengan mengelak perhimpunan ramai dan menjaga jarak antara satu sama lain.

Syarikat itu telah membina kediaman seorang pelanggan, Mohd Haizan Hashim yang telah menggunakan rekaan sendiri untuk membina banglonya yang memiliki  enam bilik tidur dan tiga bilik air pada keluasan 2,400 kaki persegi  di Kampung Abu Bakar Baginda di sini.

Al Ansar IBS PLT merupakan kontraktor bumiputera dengan 23 tahun pengalaman dalam bidang hartanah di Malaysia.

Muhamad Khanafi menambah lagi, latar belakang yang baik, tanpa projek terbengkalai dan pembinaan siap mengikut jadual malah lebih pantas daripada yang dijanjikan antara yang mendorong dia pelanggan baharu.

“Seperti rumah yang kita serahkan kunci hari ini disiapkan dalam tempoh empat bulan sahaja. Rekod yang baik penting kerana kebimbangan orang ramai terhadap kontraktor yang menghilangkan diri atau lepas tangan walaupun bayaran sudah dilangsaikan masih berlaku.

“Terdapat satu kajian yang dijalankan di negara ini mendapati daripada 20 syarikat kontraktor perumahan 18 daripada mereka adalah penipu, gagal menyiapkan pembinaan malah ada yang menghilangkan diri.

“Atas alasan itu, Al Ansar ingin menasihati orang ramai yang sedang mencari kontraktor perumahan mengkaji latar belakang syarikat dengan lebih teliti, datang bertemu wakil  di pejabat untuk berbincang. Mereka  juga digalakkan untuk pergi sendiri ke tapak pembinaan dan melihat rumah-rumah contoh yang telah siap dibina dan diduduki yang terdapat di seluruh negara,” katanya.

Mengenai promosi Merdeka, Muhamad Khanafi berkata, terdapat empat rekaan yang diperkenalkan, Imtiyaz, Teratai dan Sofea.

Semua banglo tersebut mempunyai tiga bilik tidur dan dua  bilik air dengan tawaran harga promosi bermula RM95,000.

Sebuah lagi rekaan diberi nama Maliha yang mempunyai empat bilik tidur dan tiga bilik air ditawarkan dengan harga RM205,000 selepas diskaun.

“Terdapat 42 lagi rekaan di Al-Ansar malah mereka juga boleh mereka bentuk sendiri rumah idaman. Apa yang menarik, melalui promosi kali ini orang ramai berpeluang menikmati potongan pra promosi sehingga RM16,000 daripada kos asal pembinaan satu unit banglo dan tambahan rebat sehingga RM2,000. Bagaimana ia ditawarkan sehingga 14 Jun lalu atau lapan pelanggan terawal sahaja.

“Selepas tarikh tersebut, pelanggan masih menikmati hadiah merdeka bernilai RM10,000 termasuk lampu dan kipas untuk keseluruhan rumah, table top bersaiz enam kaki, satu unit pemanas air, cornice syiling ruang tamu, ruang keluarga dan ruang makan, baucar insuran kebakaran bernilai RM500, perjanjian pembinaan, perkhidmatan sanitasi kediaman dan tiga botol cecair pembasmi kuman”, ujarnya.

Tambahnya, Al Ansar IBS menggunakan kaedah IBS seperti Interlocking Bricks, inovasi bumbung teknologi nano dan gentian fiber hibrid kerana ia bukan sahaja menjimatkan tetapi bahannya juga mudah dibawa ke tapak pembinaan serta dapat menyiapkan projek berkenaan dalam masa yang singkat.

Untuk keterangan lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian 011-56690669. – MalaysiaGazette