TERKINI : Dr Daroyah Alwi Letak Jawatan Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor – MB Selangor

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari mengesahkan Dr Daroyah Alwi telah meletak jawatan sebagai Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor.

Beliau berkata, calon bagi menggantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sementa itu sedang diteliti, namun yang pasti ia menjadi milik Pakatan Harapan (PH).

“Penggantinya kita sedang cari dan bincang serta Pakatan Harapan akan buat keputusan secara konsensus yang menjadi tradisi kita demi kestabilan politik selepas PH mendapat mandat rakyat sejak 2008.

“Sudah pasti calonnya dari PH,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Web Portal SELDEC dan Sistem Aplikasi SELDEC Rider di sini hari ini.