TERKINI : SELDEC Sasar 7,000 Peluang Pekerjaan – Amirudin Shari

Selangor mensasarkan 7,000 peluang pekerjaan diwujudkan menerusi program Rantaian E-Bekalan Digital Selangor (SELDEC) dalam tempoh lima tahun akan datang.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, program ini bukan sahaja melibatkan golongan usahawan tetapi juga terbuka kepada penghantar barang, pengurus dan koordinator di pusat pengumpulan produk di seluruh negeri.

Beliau berkata, masyarakat perlu bersedia dengan aplikasi digital yang bakal menjadi transaksi penting pada masa akan datang.

“Pembangunan SELDEC juga dilihat sebagai inisiatif bagi memastikan hasil- hasil pertanian dan produk di Selangor mencapai potensi pasaran yang bukan sahaja terhad di kawasan daerah masing- masing, namun dapat dinikmati oleh pengguna yang berada di daerah yang berlainan.