Ketua Pusat Kecemerlangan (COE) UTeM, Profesor Dr Zahriladha Zakaria (kiri) sedang memberikan taklimat ringkas tentang UTeM Shield di Jabatan Pendidikan Negeri Melaka semalam.

KUALA LUMPUR – Sempena bermulanya kembali sesi persekolahan di musim kawalan
pandemik ini, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) mengambil inisiatif dengan menyampaikan sumbangan pelindung muka yang dihasilkan sendiri oleh universiti ini yang dikenali sebagai UTeM Shield kepada Jabatan Pendidikan Negeri Melaka.

Naib Canselor UTeM, Profesor Datuk  Dr Raha Abdul Rahim berkata, universiti itu telah menyumbangkan sebanyak 3,000 unit UTeM Shield ini kepada Jabatan Pendidikan Negeri Melaka.

Menurutnya, UTeM itu dapat digunakan oleh barisan guru di negeri ini sepanjang sesi
persekolahan yang sudah tentu melibatkan aktiviti pembelajaran dan pengajaran
dalam tempoh kawalan pada musim pandemik ini.

Ujarnya, agenda ini juga turut menzahirkan kerjasama dan hubungan baik terus
terjalin terjalin erat antara pihak UTeM selaku institusi kecemerlangan ilmu dan
berinovasi tinggi bersama dengan jabatan dan agensi-agensi kerajaan yang lain.

UTeM Shield ini telah diserahkan oleh pihak pengurusan UTeM terus kepada
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Melaka Dr Mohd Azam Ahmad di pejabat
beliau di Jalan Istana, Bukit Beruang.

Menurut Dr Mohd Azam, pihak JPN amat mengalu-alukan sumbangan ini dan
merakamkan penghargaan terima kasih kepada pihak UTeM atas inisiatif dan
keprihatinan ini.

Katanya, UTeM Shield ini dapat membantu kumpulan guru agar dapat mereka
gunakan dalam sesi persekolahan yang telah pun bermula. – MalaysiaGazette