Seorang lelaki sedang melalui hadapan bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette sempena Belanjawan 2020 di sekitar Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 11 OKTOBER 2019

KUALA LUMPUR – Pada ketika ini Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tiada sebarang perbincangan diadakan dengan mana-mana pihak untuk menaikkan had umur bagi pengeluaran caruman.

KWSP berkata, pihaknya sentiasa mengambil langkah secara berhemat dalam menetapkan sebarang polisi penting, termasuk menjalankan kajian mendalam dan mengadakan rundingan bersama ahli serta pihak berkepentingan lain.

Langkah ini bertujuan memastikan kepentingan ahli sentiasa dilindungi dalam melaksanakan mandat KWSP, katanya yang mengulas cadangan Bank Dunia untuk menaikkan had umur ahli bagi membuat pengeluaran penuh simpanan dalam Akaun 1 dan 2 daripada umur 55 kepada 65 tahun secara berperingkat. – MalaysiaGazette