TERKINI : Dah Ada Perdana Menteri dan Kerajaan, Tak Perlu Buat Pilihan Raya – Annuar Musa

Tidak ada keperluan untuk mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) dalam masa terdekat kerana kerajaan perlu memberikan fokus penyelesaian masalah yang hadapi rakyat terlebih dahulu.

Itu pandangan Setiausaha Kerja UMNO, Tan Sri Annuar Musa ketika ditanya mengenai seruan Timbalan Pesiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan yang menggesa Perikatan Nasional (PN) membubarkan Parlimen.

Menurut Annuar, kenyataan Mohamad atau lebih dikenali Tok Mad adalah pandangan peribadinya dan bukannya pendirian parti.