PUTRAJAYA – Wakil Majlis Pelantikan Putrajaya (MPP) diminta menjadi mata dan telinga kepada Perbadanan Putrajaya bagi membolehkan kerajaan mengetahui permasalahan rakyat.
Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor percaya barisan wakil penduduk yang kini dianggotai muka-muka baru dan muda mampu mendekati komuniti Putrajaya.
Katanya, beliau tidak mahu berlaku kecuaian perwakilan dalam mengenalpasti masalah penduduk Putrajaya seeperti yang berlaku 22 bulan Pakatan Harapan (PH) memerintah berulang.
Tengku Adnan berharap mereka yang dipilih itu menjalankan tugas ini dengan penuh bertanggungjawab .
“Yang penting dengar denyutan nadi masalah rakyat yang tersimpan dalam hati mereka, janganlah membiarkan mereka terpendam dalam hati, cari dan bawa ke hadapan supaya kita dapat mencari penyelesaian demi kesejahteraan hidup bersama dan majmuk,” katanya semasa berucap pada Majlis Penyerahan Surat Pelantikan MPP hari ini.
Menurut Tengku Adnan, bersadarkan Malaysia merupakan negara berbilang kaum, setiap keputusan yang perlu dibuat kena perlu mengambil kira kepentingan bersama masyarakat majmuk.
“Kita tak boleh hina jijik kepercayaan agama lain, nanti kita pula akan dihina nanti.
“Saya pun waktu jadi ketua kampung (Menteri Wilayah) dulu sukar membuat keputusan dalam soal arak, perjudian dan karaoke, cuma kena cari jalan tengah sebab hidup majmuk,” katanya. – MalaysiaGazette