Mohd Shafie Apdal

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad ditempelak kerana masih mahu menubuhkan ‘Kerajaan Akaun Bersumpah’ apabila mencadangkan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai Perdana Menteri Kesembilan.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi mendakwa, Mohd Shafie juga terpalit dengan tuduhan rasuah RM1.5 bilion tetapi telah ‘diselamatkan’ oleh Tan Sri Tommy Thomas dengan alasan tiada bukti yang kukuh.

“Layakkah Shafie jadi calon PM sedangkan dia belum membersihkan dirinya di court (mahkamah),” soal Puad.

Sedangkan, Menteri Pembangunan Infrastruktur Kementerian Pembangunan Infrastruktur Sabah, Peter Anthony telah pun didakwa semula.

Lantaran itu, katanya, Peguam Negara juga mesti menyemak semula kes Mohd Shafie.

Mohd Puad menyimpulkan, kesudahannya Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang menjadi calon Perdana Menteri.

”Kesudahannya nanti, Mukhriz calon PM,” katanya sambil menimbulkan persoalan adakah ini yang Dr Mahathir mahu berunding dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin memandangkan jawatan Timbalan Perdana Menteri. – MalaysiaGazette

Shafie calon PM, Anwar TPM1, Mukhriz TPM2

2 Komen

  1. Kenapa Medey tak calonkan Anwar sbg PM & Shafie sbg TPM?? Padahal Anwar dan PKR ada lebih banyak kerusi parlimen? PKR pun ada di seluruh Malaysia…Yg Warisan ni parti dia kat Sabah je…

Comments are closed.