Foto Facebook Najmil Faiz.

KUALA LUMPUR – Pergerakan Pemuda UMNO mendesak penulis buku buku yang bertajuk Rebirth: Reformasi, Resistance and Hope In New Malaysia iaitu Kean Wong ditangkap dan dikenakan tindakan undang-undang.

Exconnya, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris menegaskan, tindakan yang sama perlu diambil ke atas  semua individu yang terlibat dengan penulisan buku itu.

“Sebelum ini, bendera Jalur Gemilang dihina dan lagu Negaraku juga dihina oleh pihak-pihak yang layak digelar pengkhianat negara.

“Sekali lagi, Pergerakan Pemuda UMNO mendesak agar Kean Wong dan semua individu yang terlibat dengan penulisan buku ini ditangkap dan dikenakan tindakan undang-undang.

“Pemuda UMNO akan terus menjadi benteng mempertahankan negara!” katanya di Facebook miliknya di sini hari ini.

Hari ini Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Pemuda Pas, MCA dan MIC membuat satu laporan polis terhadap buku yang bertajuk Rebirth: Reformasi, Resistance and Hope In New Malaysia di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, di sini.

Najmil yang Timbalan Ketua Bahagian UMNO Kuala Terengganu berkata, pengubahsuai kulit muka depan buku itu jelas adalah suatu bentuk pengkhianatan terhadap negara di mana Jata Negara telah diubah oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Semalam, kulit sebuku ‘Rebirth: Reformasi, Resistance and Hope In New Malaysia’ menimbulkan kegusaran orang ramai kerana ia secara terang-terangan mempermainkan Jata Negara.

Buku yang disunting oleh penulis, Kean Wong itu mempamerkan sebuah logo mirip Jata Negara yang telah diubah suai sebagai penghias muka hadapan turut dikongsi pada pautan laman sosial Facebook sebuah syarikat buku, Ilham Books.
Lukisan mirip Jata Negara itu meletakkan seorang kanak-kanak berbogel di atas bulan dan bintang serta mengubahsuai bentuk dua ekor harimau selain menambahkan bentuk seekor buaya di bahagian bawahnya.
Sementara itu, Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) (Pindaan) 2016, memperuntukkan penjara sehingga tiga tahun dan denda sehingga RM20,000 bagi kesalahan penggunaan lambang negara termasuk Jata Negara secara tidak wajar. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. Malaysia ada 2 lambang yang perlu di hornati, 1 Bendera Malaysia dan 1 lagi Jata Negara, kalau 2 ini rakyat Malaysia sudah tiada perasaan hormat lebih baik pindah negara, sekurang-kurangnya pergi Indonesia belajar hornat Bendera, tidak hormat kens buluh runcing.

  2. Aku mahu lihat anjing yg diberi nama kean wong ditangkap dan didakwa tanpa lengah. Kalau dia terlepas minta pemuda umno cari dia sehingga lubang cacing dan ajar dia betul2 mcm mana nak jadi rakyat malaysia yg patriotik. Kalau masih perangai lama bunuh saja mata sepet ini, kita tak rugi apa2….negara cjna komunis pun tak mau keparat mcm dia……jenis keturunan makan anjing ….muka pun mcm anjing sial…..elok lah bersekongkol dgn DAP rasis serta extremis……

Comments are closed.