KUALA LUMPUR – Indeks Harga Pengeluar (IHPR) pengeluaran tempatan yang mengukur kos barangan di pintu kilang mencatatkan penurunan 5.5 peratus tahun ke tahun pada bulan Mei 2020, menandakan tiga bulan berturut-turut indeks jatuh ke wilayah negatif.

Berdasarkan 1,063 item yang diliputi dalam IHPR, 42.9 peratus item menunjukkan peningkatan pada Mei 2020 berbanding Mei 2019.

Manakala 49.9 peratus item menunjukkan penurunan manakala 7.2 peratus item kekal tidak berubah.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, penurunan keseluruhan indeks perlombongan (-52.7%) adalah didorong oleh kejatuhan harga komoditi global seperti minyak mentah dan gas asli.

Selain itu, bekalan air (-1.1%), pembuatan (-0.8%) dan bekalan elektrik & gas (-0.2%) juga menyumbang kepada
penurunan indeks.

Walau bagaimanapun, indeks pertanian, perhutanan dan perikanan meningkat 5.5 peratus.

Menurutnya, IHPR pengeluaran tempatan bagi tempoh Januari-Mei 2020 mencatatkan penurunan sebanyak 1.8 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Bagi perbandingan bulanan, IHPR pengeluaran tempatan susut marginal 0.2 peratus pada Mei 2020.

Penyusutan marginal ini disokong oleh peningkatan indeks perlombongan 16.6 peratus yang telah mengimbangi kejatuhan bagi empat industri lain iaitu pertanian, perhutanan & perikanan (-4.5%), pembuatan (-0.8%), bekalan elektrik & gas (-0.3%) dan bekalan air (-0.3%).

Ini adalah perubahan positif yang pertama bagi indeks perlombongan setelah penurunan empat bulan berturut-turut sejak Januari 2020, ujarnya.

IHPR mengikut peringkat pemprosesan pada bulan Mei 2020 bagi bahan mentah untuk diproses selanjutnya dan bahan perantaraan, bekalan & komponen masing-masing mencatatkan penurunan 26.6 peratus dan 0.9 peratus berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Indeks Barang siap meningkat 0.2 peratus. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast