PUTRAJAYA – Unit Perancangan Ekonomi (EPU) telah bersedia dengan data-data ekonomi menghadapi sesi Dewan Rakyat, khususnya mengenai ekonomi semasa ketika negara dilanda wabak Covid-19.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed menjangkakan persidangan yang bermula 13 Julai ini panas berkata, di pihak pembangkang banyak tokoh-tokoh yang hebat seperti bekas Perdana Menteri.
“EPU siap sedia hadapi sesi ini,” katanya ketika berucap pada majlis Perjumpaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) bersama Ketua Pengarang Media malam tadi.
Sidang Dewan Rakyat akan berlangsung selama 25 hari mulai 13 Julai hingga 27 Ogos ini.
Persidangan Dewan Rakyat kali mengikut jadual asal tetapi pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) yang dijadual pada 6 Ogos ditangguhkan ke satu tarikh baharu yang akan ditentukan kerajaan.
Menurut Mustapa, pembentangan RMK-12 akan dilakukan pada awal tahun depan.
Ditanya sama ada ciri-ciri RMK-12 akan berubah jika pilihan raya diadakan lebih awal daripada tarikh pembentangan rancangan itu, beliau berkata: “Itu kita tengok macam manalah,”. – MalaysiaGazette