TERKINI : 241 Bekas Kakitangan SPAD, Ibarat Gantung Tak Bertali – CUEPACS

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggesa kerajaan menyerap kesemua 241 bekas kakitangan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) ekoran pembubaran agensi tersebut pada 2018.

Presidennya, Adnan Mat berkata, walaupun mereka ini telah ditempatkan secara kontrak di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH), namun kontrak mereka yang akan tamat pada hujung tahun ini dan nasib mereka masih tidak diketahui lagi.

“CUEPACS menggesa kerajaan menyerap kesemua mereka ke jawatan tetap dengan segera berdasarkan kelayakan, tempoh berkhidmat dan prestasi kerja masing-masing. “Kami difahamkan mereka masih lagi tidak menerima apa-apa maklumat terkini berhubung perancangan semasa kerajaan mengenai nasib mereka di JPJ.