TERKINI : Muafakat Nasional Sedia Bekerjasama Dengan BERSATU – Annuar Musa

MUAFAKAT Nasional sedia berbincang jika Bersatu mahu menyertai gagasan kerjasama Umno-PAS itu, kata Annuar Musa.

Ahli Majlis Tertinggi Umno itu berkata Barisan Nasional sepatutnya tiada masalah untuk bekerjasama dengan Bersatu kerana telah terbukti berjaya menjalinkan kerjasama yang baik dengan PAS untuk membentuk Muafakat Nasional.