🎥 EKSKLUSIF | Sharim Mahu Rancakkan Lagi Ekonomi Chini

“Saya berada dalam kepimpinan adalah kerana jasa Allahyarham”. Itu perkara pertama yang keluar daripada mulut calon Barisan Nasional (BN), Mohd Sharim Md Zain ketika ditanya mengenai hubungan beliau dengan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini, Datuk Seri Abu Bakar Harun.

Eksklusif kepada MalaysiaGazette, anak muda Chini berkata, beliau sangat terhutang budi dengan allahyarham yang tidak jemu-jemu menurunkan segala ilmu politik serta nasihat kepadanya sebelum ini.

Sebagai orang kanan allahyarham, Mohd Sharim berkata, Abu Bakar menasihatkan beliau agar teguh kepada prinsip yang membezakan gelaran Yang Berhormat dan Yang Berkhidmat.

1 Komen

Comments are closed.