KUALA LUMPUR – Bank Islam Malaysia Bhd menjalin kerjasama dengan Tenaga Nasional Bhd (TNB) dan anak syarikatnya, GSPARX Sdn Bhd bagi menyediakan kemudahan pembiayaan kepada pemilik kediaman untuk pemilikan solar fotovolta (PV).

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Mohd Muazzam Mohamed berkata, ia merupakan usaha pembiayaan hijau Bank Islam bagi menggalakkan perniagaan serta amalan hidup secara mapan.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Mohd Muazzam Mohamed berkata, pihaknya menawarkan pembiayaan sehingga 100 peratus bagi pembelian pakej solar PV GSPARX atau sehingga RM300,000 dengan kadar faedah terapung serendah 4.67 peratus atau kadar tetap 4.5 peratus selama tiga tahun.

Beliau berkata, GSPARX akan menawarkan pakej kediaman yang meliputi penyelenggaraan percuma selama setahun, jaminan produk dan mutu kerja, pemantauan secara dalam talian 24/7 serta perkhidmatan selepas jualan.

“Nilai tambah ini tidak hanya memberi manfaat kepada pelanggan tetapi penting dalam usaha melindungi bumi menerusi galakan penggunaan tenaga boleh diperbaharui,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Muazzam, ia juga merupakan sumbangan pihaknya merealisasikan sasaran Malaysia untuk mencapai penjanaan tenaga boleh diperbeharui sebanyak 20 peratus pada 2025.

Ujar beliauGSPARX akan menawarkan pakej kediaman yang meliputi penyelenggaraan percuma selama setahun, jaminan produk dan mutu kerja, pemantauan secara dalam talian sepanjang masa dan perkhidmatan selepas jualan.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, pihaknya aktif mempromosikan panel solar bumbung.

Tambah beliau,pada akhir tahun ini TNB mempunyai lebih 100 pelanggan dari sektor komersial, industri, pendidikan, institusi kerajaan dan kediaman yang beralih kepada penjanaan tenaga bersih di premis masing-masing. – MalaysiaGazette