LONDON- Kesatuan Eropah mengeluarkan Amerika Syarikat (AS) daripada senarai negara-negara yang selamat.

Seramai 27 ahli blok berkenaan secara majoriti memberi kebenaran perjalanan kepada 14 negara.

Negara-negara tersebut adalah Algeria, Australia, Kanada, Georgia, Jepun, Montenegro, Morocco, New Zealand, Rwanda, Serbia, Korea Selatan, Thailand, Tunisia dan Uruguay.

Sebahagian China juga diluluskan meskipun perjalanan hanya dibenarkan jika kerajaan China turut membenarkan pelawat dari EU mengunjugi negara berkenaan.

Salah satu syarat yang ditetapkan adalah timbal-balas.

Rusia, Brazil, Turki dan AS merupakan antara negara yang teruk dilanda wabak Covid-19, menyebabkan mereka perlu menunggu sehingga sekurang-kurangnya dua minggu lagi sebelum keputusan dibuat.

Langkah tersebut adalah untuk menyokong industri pelancongan EU terutamanya negara-negara di selatan Eropah yang terkesan teruk akibat pandemik.

Bagaimanapun, beberapa jam selepas pengumuman dibuat, Itali yang merupakan salah sebuah negara yang mencatatkan jumlah korban Covid-19 tertinggi dunia memaklumkan, mereka membuat keputusan untuk mengekalkan perintah kuarantin di seluruh negara.- MalaysiaGazette