Donald Trump. foto AP

WASHINGTON – Presiden Donald Trump yang selama ini menentang penggunaan pelitup muka akhirnya memaklumkan beliau akan menggunakan alat perlindungan itu apabila berada dalam himpunan orang ramai.

Trump yang mengelak menggunakan pelitup muka ketika berada dalam khalayak  sebelum ini, tetap mempertahankan penggunaan alat itu tidak perlu menjadi mandatori dalam usaha mengekalang Covid-19.

Presiden itu membuat kenyataan yang berbeza kepada Fox News selepas Republikan meminta Trump berbuat demikian sebagai contoh kepada rakyat Amerika Syarikat (AS).

Ia susulan peningkatan jumlah kes jangkitan di negeri-negeri AS sejak kebelakangan ini.

AS menyaksikan sejumlah 2.6 juta kes Covid-19 dengan 127,000 kes kematian.

Bercakap kepada Fox Business Network, Trump berkata: “Saya akan memakai pelitup muka”,

“Jika berada di tempat yang dipenuhi dengan orang ramai, sudah tentu saya akan memakai pelitup muka,” katanya sambil memberitahu beliau pernah sekali berbuat demikian.

Meskipun begitu, Trump mengulangi pendiriannya bahawa pemakaian pelitup muka tidak perlu dijadikan mandatori di AS kerana banyak tempat di negara itu yang mana penduduk tinggal jauh.

Namun, beliau memberi kebebasan kepada rakyat AS untuk menggunakannya.

Pusat Kawalan Penyakit (CDC) pada bulan April lalu mengesyorkan supaya orang ramai agar menggunakan pelitup muka di tempat awam untuk menghentikan penularan wabak koronavirus. – MalaysiaGazette