Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) digesa tidak mengubah keputusan asal bagi pembukaan semula Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam masa terdekat yang dibuat pada 27 Mei lalu.

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan, kerajaan perlu mengambil kira aduan dan keluhan daripada keluarga pelajar yang terbeban sekiranya IPT dibuka lebih awal daripada diputuskan sebelum ini.

“Keputusan ini bercanggah dengan kenyataan KPT pada 27 Mei 2020 yang memaklumkan pengajian di universiti awam akan diadakan melalui atas talian sehingga 31 Disember 2020.

“Saya juga telah menerima banyak aduan dan keluhan dari keluarga pelajar bahawa keputusan ini akan menyukarkan mereka. Pelajar bukan saja mengosongkan asrama, tetapi ramai juga telah menamatkan kontrak rumah sewa.

“Malah ada yang menanggung tiket pergi pulang yang mahal dan membebankan (terutamanya dari Sabah dan Sarawak),” katanya dalam hantaran terbaru di Facebook miliknya, pagi ini.

Semalam, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa Mesyuarat Khas bersetuju untuk membuka semula semua IPT kepada pelajar tempatan dan antarabangsa.

Bagaimanapun tarikh pembukaan itu akan diumumkan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, KPT perlu mengkaji semula keputusan itu kerana ia boleh membebankan keluarga para pelajar, lebih-lebih lagi ketika banyak pihak terjejas akibat pandemik Covid-19.

“Beban kewangan pasti lebih sukar dalam tempoh waktu sebegini. Kini pelajar perlu mencari rumah sewa baru pula (dalam tempoh terdekat).

“Saya percaya setiap satu keputusan harus dibuat dengan pertimbangan wajar terhadap pihak pelajar, pensyarah dan pentadbiran universiti.

“Benar, universiti harus dibuka semula, namun, keputusan tergesa-gesa dalam tempoh yang singkat akan menyukarkan semua pihak yang terlibat.

“Semoga pihak KPT dapat memberi makluman yang lebih jelas untuk meredakan persoalan-persoalan berbangkit dalam soal ini,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

4 Komen

  1. Sadek tisu ni bila ratusan ribu elaunnya terhenti semacam dia meraban. Belajar dan patuhlah nasihat Khalid Samad dari parti PAN, ….awak tu “bukan Menteri dan bukan MP kerajaan” kami “beritahu” semuanya kami telah fikirkan.
    Haaa Sadek tisu lombut jangan Tak dengar nasihat padu Khaled Samad tu.. awak tu parti apa? parti apa? Darimana Dan apa nama Party? Duduk diam-diam pergi isap aiscream dulu..

  2. Bila dia nak anjurkan pertandingan memanjat pokok kelapa. Team madey lawan beruk.

  3. KENCING HANCING..TOL HAPUS,,,PTPTN HAPUS..pendidikan percuma petrol turun…gaji PA sangkut tidak naik…hari in jadi hero tamil pula bila xdak ada kuasa sembang lebih…dari MP BERPECAH.

  4. This guy talks so much. Once upon a time, when he was a minister he did not do anything to help the students. I still remember people like Maszlee, Nurul Izzah, Syed Saddiq and others said that they will abolish the PTPTN loan, but when they won the PRU-14, nothing happened. The last election was won by lies, deceits, conspiracy, character assassination. Be aware Malaysians should not be cheated by PH again in the coming election (PRU-15).

Comments are closed.