WASHINGTON – Kes jangkitan baharu Covid-19 di Amerika Syarikat (AS) pada hari Rabu melonjak hampir 50,000, menurut data Reuters.

Ia merupakan peningkatan kes terbesar dalam sehari sejak bermulanya pandemik itu.

Pada hari Selasa, AS melaporkan sebanyak 49,286 kes.

Rekod terbaharu itu menyusul selepas pakar jangkitan penyakit AS memberi amaran jumlah jangkitan boleh berganda kepada 100,000 kes sehari jika negara itu tidak mengambil tindakan yang sepatutnya untuk memutuskan rantaian virus seperti melakukan penjarakan sosial dan memakai pelitup muka.

Pada minggu pertama bulan Jun, AS menyaksikan penambahan kira-kira 22,000 kes baharu setiap hari.

Tetapi dalam tempoh seminggu sebelum berakhir bulan Jun, jumlah jangkitan baharu baik hampir dua kali ganda kepada 42,000.

Sebelum ini hanya Brazil – satu-satunya negara yang melaporkan kes Covid-19 lebih 50,000 sehari.

Lebih daripada separuh kes jangkitan baharu dilaporkan dari Arizona, California, Florida dan Texas yang mewakili 30% daripada populasi AS.

Keempat-empat negeri itu, bersama 10 yang lain menyaksikan kes-kes baharu lebih daripada dua kali ganda pada bulan Jun. – MalaysiaGazette