To'ki (tengah) semasa menerima lawatan pegawai Pusat Pengutan Zakat Wilayah Persekutuan.

KUALA LUMPUR – Bekas penyanyi terkenal, To’ki yang hidup di sebuah pondok buruk di Batu 12, Gombak kini semakin mendapat pembelaan.

Selain bantuan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Liew, beliau juga mendapat perhatian dan bantuan Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan dan Lembaga Zakat Selangor (LZS).

To’ ki atau nama sebenarnya Mohd Zaki Mansor kini berusia 53 tahun dan telah menetap di pondok kecil di pinggir hutan itu sejak setahun lalu selepas diusir dari rumah sewanya di ibu kota.

Pada 10 Jun lalu, To’Ki dan terlibat dalam kemalangan jalan raya dalam perjalanan dari Gombak ke Pandan Indah.

Kemalangan tersebut mengakibatkan pergerakan isterinya kini terbatas kerana mengalami patah tulang pinggulnya dan masih menjalani rawatan susulan di hospital.

Bagaimanapun beliau menolak bantuan rumah sewa kerana berpendapat suasana di pondok itu memberi ilham kepadanya untuk berkarya.

Selain LZS, To’Ki juga menerima bantuan dari pelbagai agensi lain bagi mengurangkan beban mereka sejak kemalangan kerana tiada sumber pendapatan.

Beliau akan disyorkan sebagai Asnaf Fakir Miskin sementara di Lembaga Zakat Selangor. – MalaysiaGazette