Majlis Bandaraya Petaling Jaya
Majlis Bandaraya Petaling Jaya

KUALA LUMPUR – Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) membuka lapan kaunter perkhidmatan dan EZ-Pay yang telah beroperasi sejak semalam hingga Ogos depan.

Menerusi Facebook Sekretariat media Unit Komunikasi Korporat MBPJ memaklumkan, kaunter perkhidmatan dibuka dari Isnin hingga Jumaat mulai 7.30 pagi hingga 5.30 petang termasuk waktu rehat kecuali Jumaat yang akan ditutup sementara pada pukul 12.15 tengahari hingga 2.45 petang.

Bagi kaunter bergerak EZ-Pay pula ia dibuka setiap Sabtu dan Ahad bermula 4 Julai hingga 30 Ogos mulai 10 pagi hingga 3 petang bagi memudahkan orang awam membuat pembayaran cukai atau kompaun pada hujung minggu.

Antara lokasi perkhidmatan tersebut iaitu di Kaunter Ibu Pejabat MBPJ, kaunter menara, kaunter pejabat cawangan Petaling Jaya Utara dan di kaunter pandu masuk.

Bagi kaunter bergerak EZ-Pay pula lokasi dibuka adalah di Sri Damansara SD 12/1, Sri Damansara SD2/1G, Taman Megah SS24 dan Kelana Jaya, Jalan SS6.

Justeru, orang ramai yang ingin mendapatkan pertanyaan lanjut boleh menghubungi Jabatan Perbendaharaan MBPJ di talian 03-7956 3544 atau kunjungi laman sesawang www.mbpj.gov.my atau Facebook petalingjayacitycouncil dan Twitter serta Instagram @pjcitycouncil. – MalaysiaGazette