Gambar-gambar bangkai gajah yang diambil. foto Agensi

GABORONE – Misteri terus menyelubungi kematian ratusan gajah ekor di Botswana yang belum pernah terjadi sebelumnya dalam dua bulan terakhir ini.

Dr Niall McCann bersama rakan-rakan di negara Afrika Selatan telah melihat lebih dari 350 bangkai gajah di Delta Okavango sejak awal Mei.

Setakat ini punca  kematian gajah belum diketahui.

Keputusan sampel yang telah dihantar ke makmal akan diketahui tidak lama lagi.

Botswana adalah ‘kediaman’ bagi satu per tiga populasi gajah di Afrika yang jumlahnya semakin merosot.

Dr McCann, dari badan amal Penyelamat Taman Negara yang berpusat di United Kingdom memaklumkan bahawa ahli konservasi tempatan pertama kali memberitahu kerajaan tentang kes kematian gajah pada awal Mei lalu, setelah mereka melakukan penerbangan di delta.

“Mereka melihat 169 bangkai gajah sepanjang penerbangan tiga jam,” katanya yang menyifatkan jumlah itu adalah luar biasa.

Tambahnya, sebulan kemudian, siasatan lanjut dijalankan menemui banyak lagi bangkai, menjadikan jumlah keseluruhan lebih daripada 350 ekor.

“Ini sama sekali belum pernah terjadi sebelumnya dari segi jumlah gajah yang mati dalam satu peristiwa yang tidak berkaitan dengan kemarau,” tambahnya.

Pada bulan Mei lalu, Kerajaan Botswana menolak dakwaan pemburuan haram sebagai alasan kematian gajah kerana gading haiwan itu tidak dikeluarkan, menurut Phys.org.

Kemungkinan ada perkara lain yang menyebabkan kematian gajah-gajah tersebut, selain daripada perburuan haram.

“Hanya gajah yang mati dan tiada yang lain. Kalau racun digunakan, mungkin berlaku kematian haiwan lain,” kata McCann.

Dr McCann juga menolak kemungkinan keracunan anthrax semula jadi yang membunuh sekurang-kurangnya 100 gajah di Bostwana tahun lalu.

Tetapi setakat ini mereka tidak dapat mengesahkan kematian haiwan itu disebabkan keracunan atau penyakit.

Kematian gajah-gajah itu dengan bahagian muka kelihatan ‘jatuh’ dan saling menghadap gajah yang lain serta dalam kedudukan bulatan.

Keadaan ini menunjukkan sesuatu yang berpotensi menyerang sistem saraf haiwan tersebut,’ ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast