Tanah runtuh di lombong jade yang terletak di k di daerah Hpakant, negeri Kachin. foto Agensi

NAPYTAW – Sekurang-kurangnya 162 mayat ditemui selepas tanah runtuh di sebuah kawasan perlombongan batu jade di utara Myanmar.

Kerja-kerja menyelamat telah diteruskan sepanjang hari bagi mengesan orang yang masih hilang di lokasi yang terletak di daerah Hpakant, negeri Kachin.

Hujan lebat menyebabkan banjir lumpur telah memerangkap ramai mangsa.

Myanmar adalah sumber batu jade terbesar di dunia tetapi lombong-lombongnya telah mencetuskan banyak kemalangan, yang melibatkan orang-orang yang mencari batu.

Dikatakan pada pukul 19:15 waktu tempatan (12:45 GMT), sebanyak 162 mayat dijumpai dan 54 orang yang cedera dibawa ke hospital.

Tidak ada angka yang diberikan untuk jumlah individu yang masih hilang.

Menteri Sosial Kachin, Dashi La Seng memaklumkan: ”Tiba-tiba … sejumlah besar lumpur bersama dengan air hujan masuk ke dalam lubang. Ia seperti tsunami.”

Hujan lebat berterusan sepanjang hari semasa kerja-kerja menyelamat dijalankan.

Polis mendakwa mereka yang berada di kawasan kejadian tidak mengendahkan amaran yang dikeluarkan pada hari Rabu untuk tidak berada di kawasan itu semasa hujan.

Video yang dirakamkan di tempat insiden menunjukkan tanah runtuh besar-besaran melimpah keluar ke tasik.

Maung Khaing, seorang pelombong berusia 38 tahun, memberitahu, dia melihat timbunan sampah hampir runtuh dan orang-orang berteriak “lari, lari”.

Dia berkata: “Dalam satu minit, semua orang di dasar bukit hilang. Ada orang-orang yang terperangkap di dalam lumpur sambil menjerit meminta tolong tetapi tidak ada siapa yang dapat menolong mereka”. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.