Tan Sri Shahrir Abdul Samad. UMNO President Prime Minister
Tan Sri Shahrir Abdul Samad.

KUALA LUMPUR – Ketua UMNO Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad mempertikaikan keputusan Muafakat Nasional (MN) untuk menamakan Tan Sri Muhyiddin Yasssin sebagai calon perdana menteri selepas pilihan raya umum ke-15 (PRU-15).

Katanya, UMNO dan Pas yang menganggotai MN sepatutnya menyelesaikan dulu soal bgaimana Barisan Nasional, MN dan PN akan masuk bertanding semasa pilihan raya akan datang.

“Kena selesaikan soal siapa jadi Perdana Menteri dulu ke?

“Kenapa semuanya jadi songsang?

“Masing2 ke. Se pakatan ke. Lambang masing2 ke. Satu lambang ke,” katanya dalam hantaran di laman Facebook.

Hantaran Shahrir di laman sosial itu menyusul selepas Setiausaha Agung Jawatankuasa MN, Tan Sri Annuar Musa semalam mengesahkan kedua-dua parti bersetuju untuk kekal dalam kerjasama Perikatan Nasional serta menamakan Muhyiddin sebagai perdana menteri seterusnya.

Artikel berkaitan: MN sokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri selepas PRU15

Shahrir juga melihat perkembangan terbaharu itu sebagai siapa yang mengisi jawatan utama kerajaan sudah menjadi tawaran pertama BN, Pas, Bersatu dan G10 (kumpulan Datuk Seri Azmin Ali).

“Ni pun macam nak jawab tawaran Tun Dr Mahathir supaya Shafie Afdal jadi PM PH (tolak PKR),” katanya yang menyifatkan apa yang yang berlaku sebagai politik baharu bukan Malaysia baharu.

“Sudah selesai jawatan PM, selepas tu kena tunggu keputusan lain,” katanya.

Beliau juga tertanya-tanya apa pula syarat yang akan diletakkan oleh Muhyiddin kelak selepas diisytihar sebagai calon perdana menteri PRU-15.

Rabu malam para pemimpin Barisan Nasional, Pas serta parti dari Sarawak dan Sabah mengadakan pertemuan dengan Muhyiddin dan menyatakan sokongan kepada gabungan PN yang diketuai Muhyiddin “demi kestabilan politik, kesejahteraan rakyat serta kemakmuran negara”.

Artikel berkaitan: Ketua parti PN tekad kukuh persefahaman, kerjasama

— MalaysiaGazette

 

 

5 Komen

  1. Dah tak jd calon bertanding kan, tak kan masih dgn idea ‘winable candidate’ .. diam2 je le. Pastikn JB ok, lubuk undi UMNo ok Kg Melayu, Majidi, Dato Onn, sume ok . Yg mustahak tolong carikan calon yg betul2 ‘SUREwin candidate’. jgn jd mcm atok… berbakul org maki dan jgn mcm saya able but notable…

  2. Adik dgn Abang Sama aje… Pertikai Sana.. Pertikai sini.. KHALID AND SHAHRIR

  3. Utk makluman sharir…takan semua isi mesyuarat nak bagi tau kat media. Sebelum persetujuan dibuat, pelbagai pandangan diambil perhatian. Termasuklah hal2 yg sharir maklumkan ini.

    Sekiranya sharir tidak berpuas hati, sebaiknya nyatakan secara lisan dengan ahli2 mesyuarat tersebut. Demi menjaga kesefahaman dan kestabilan. Agak kurang bijak sekiranya diluahkan rasa tidak puashati itu didalam media sosial.
    Sepatutnya sharir lebih maklum akan hal ini. Tak tahu la pulak sekiranya ada agenda lain.

    …..jangan bagi bola tanggung kepada pasukan lawan..walaupun dah mendahului mata. Takut2 nanti, terbiasa bagi bola tanggung….pihak lawan menang tanpa dijangka.

  4. Ape nak susah sape yg kerusi banyak dia la patut pm. Lain la kuti jawatan pm tu kbk punya.

Comments are closed.