CHINI – Hari terakhir kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini menyaksikan dua pemimpin politik yang dahulunya seteru kini mampu duduk semeja.

Dalam siri kempen ke Kampung Kuala Mentiga, Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak dikunjungi Menteri Perindustrian Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Azmin yang tiba di Kampung Kuala Mentiga dilihat duduk bersama satu meja dengan Najib untuk bersarapan bersama.

Ini kali pertama kedua-dua mereka dilihat makan semeja sejak terbentuknya kerajaan Perikatan Nasional pada Mac lalu.

Untuk rekod, ini kali pertama Azmin dilihat menyokong calon yang dikemukakan Barisan Nasional.

Hadir sama adalah calon Barisan Nasional (BN), Mohd Sharim Md Zain, dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Kempen PRK DUN Chini akan berakhir jam 12 tengah malam ini dengan peluang BN untuk mengekalkan kerusi ini cerah apabila turut mendapat sokongan Pas.

PRK DUN Chini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Calon Barisan Nasional (BN) Mohd Sharim Md Zain, 41, dan dua calon Bebas Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin, 64, dan Mohd Shukri Mohd Ramli, 49.

Daftar pemilih bagi PRK DUN Chini mengandungi 20,990 pengundi yang terdiri daripada 20,972 pengundi biasa. – MalaysiaGazette

5 Komen

  1. Tun Madeytak nal datang Chini untuk minum petanv dengan Najib ke. Datanglah jangan mali. Kan dah lama tak. Hs.. ha… ha… jumpa

  2. Mana Medey nak makan semeja dgn Najib..Atok tu penuh dendam kesumat…dia kena minta maaf secara terbuka kpd Najib sblm blh makan semeja..dia nak ke? Dia jenis salahkan semua org..kes Memali salahkan Musa Hassan..kes Nuar Berahim salahka polis..ni kes Najib sure dia salahkan Ammar Singh atau Tipah Koya..dia tak pernah salah..dgn Nuar Berahim pun dia tak pernah minta maaf..dgn Tunku pun dia tak minta maaf lepas fitnahTunku mcm2..rakyat tahu sangat perangai Atok hati busuk tu..

  3. Ahli politik memang kerjaya nya gitu, kena bermanis muka depan rakyat, dalam hati tiada siapa yang tahu, kawan boleh jadi lawan, lawan boleh jadi kawan.

  4. Manusia yg cerdik dia tak berdendam, tsk perlu simpan dlm hati. Relax dan cool saja, baru hidup aman. Madey kena bertaubat, minta maaf kat semua orang yg dia dah buat aniaya. Kalau tak, berasap ler kubur dia tak lama nnti….PRU15 jgn mimpi orang melayu akan undi si tua nyanyok ni lagi, PRU14 dia boleh kelentong, janji bulan dan bintang tapi harsm jadah satu benda tsk tunai…
    Puki mak keturunan madey ni….

  5. Alhamdullillah, Maufakat membawa berkat. Hidup melayu..hidup melayu hidup melayu.

Comments are closed.