Tengku Razaleigh Hamzah.

KUALA LUMPUR – Pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu bersedia untuk berkorban bagi memberi laluan kepada orang baharu menerajui negara.

Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, UMNO dan BN perlu memutuskan untuk mengangkat seorang individu yang berintegriti yang boleh memimpin.

“Pemimpin semalam mesti sedia untuk berkorban,” katanya ketika ditanya calon UMNO untuk menerajui negara dalam temubual dengan rangkaian berita, CNA.

Tengku Razaleigh yang menyifaykannya sebagai persoalan yang besar kapada parti itu berkata, UMNO mepunyai peluang yang baik untuk memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang dan berada pada kedudukan yang kukuh.

Tambah beliau, apabila menghadapi PRU situasi akan berubah dan UMNO perlu bertindak bagi menghadapinya.

Menurutnya, UMNO perlu menang besar bagi mengelak keadaan tergantung.

Ditanya mengenai kedudukan UMNO terhadap pembahagian kerusi, Tengku Razaleigh berpendapat ia sepatutnya dilakukan antara UMNO dan Pas serta rakan tradisi BN seperti MCA dan MIC.

“Anda tidak mempunyai masalah pembahagian kerusi tetapi jika anda membawa masuk Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia PPBM), kita menghadapi pilihan raya dan keputusan akan merosakkan keadaan,” ujarnya.

Katanya, tiada sesiapa yang akan berada dalam keadaan kukuh dan tiada sesiapa mempunyai majoriti yang jelas selain keadaan akan menjadi tidak stabil.

Ditanya tentang usaha Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk kembali menerajui negara dengan Perdana Menteri untuk kali ketiga, Tengku Razaleigh memberitahu, perkara itu mengganggunya yang mana Dr. Mahathir telah gagal semasa memimpin negara selama 22 bulan.

“Saya tidak tahu sama ada beliau mempunyai sesuatu yang baharu untuk ditawarkan tetapi negara memerlukan kepimpinan baharu dan kita perlu mara ke hadapan,” katanya sambil menambah kini Malaysia gagal menandingi rakan ASEAN lain.

Menurutnya, Malaysia tidak sepatutnya terlalu bermain politik dan apa yang penting ialah kehidupan rakyatnya. – MalaysiaGazette

 

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast