Gambar hiasan

TEXAS – Gabenor Texas mengarah semua penduduk di negeri ini memakai pelitup muka ketika berada di khalayak susulan peningkatan kes koronavirus.

Arahan itu dikeluarkan kepada semua daerah yang merekodkan 20 kes jangkitan Covid-19.

Texas mempunyai 254 daerah.

Negeri ini menyaksikan lonjakan kes kemasukan ke wad susulan lebih 8,000 jangkitan kes direkodkan pada hari Rabu.

“Pemakaian pelitup muka akan membantu Texas untuk terus membuka operasi perniagaan,” kata Greg Abbott.

Sesiapa yang gagal mematuhi arahan tersebut akan didenda sehingga AS$250.

Abbott pada mulanya menentang perintah pemakaian pelitup muka di seluruh negeri Texas ketika mula-mula melonggarkan sekatan pergerakan.

Beliau membenarkan arahan sekatan pergerakan yang dilaksanakan pada akhir April, beroperasi semula dengan kapasiti sekurang-kurangnya 50% pada awal bulan Jun.

Tetapi ketika kes virus itu meningkat, Abbott memerintahkan semua bar ditutup dan mengurangkan kapasiti restoran dari 75% kepada 50%.

“Covid-19 tidak akan hilang, sebaliknya ia semakin teruk,” kata Abbott, seorang anggota Republikan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast