Notis makluman untuk pelanggan kediaman TNB

KUALA LUMPUR – Para pelanggan domestik (kediaman) Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan dapat melihat perincian manfaat Bantuan Prihatin Elektrik (BPE) untuk April, Mei dan Jun, dalam Penyata Terperinci yang akan dikeluarkan pada bulan Julai.

Penyata Terperinci tersebut akan diterima pelanggan bersama bil bulan Julai dalam masa tujuh hari melalui pos selepas pembacaan meter dibuat.

Mereka juga boleh melihat Penyata Terperinci dan bil tersebut melalui laman web dan aplikasi myTNB selepas 48 jam menerima Notis Makluman, kata TNB.

Pembaca meter TNB akan melakukan bacaan bulan Julai di premis pelanggan mulai 3 Julai 2020 dan pelanggan akan diberi Notis Makluman bahawa pembacaan telah dilakukan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast