Dr Mizan

KUALA LUMPUR –  Penganalisis keselamatan mencadangkan agensi dunia sediakan satu kawasan khas untuk penempatan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) bukan meletakkan beban itu terhadap sesebuah negara sahaja.

Penganalisis Kajian Strategik dan Keselamatan Negara, Prof. Madya Dr Mizan Mohammad Aslam mencadangkan supaya kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengemukakan cadangan kepada pihak antarabangsa berkaitan terhadap isu tersebut supaya menyediakan satu atau beberapa tempat untuk PATI sebagai penyelesaian segera.

Katanya, ini kerana ramai gah bercakap mengenai pendatang atau pelarian seperti UNHCR, WHO, PBB dan lain-lain tetapi tidak mengemukakan penyelesaian jangka masa panjang yang holistik.

“Walaupun Malaysia bersedia menghantar pulang PATI tetapi negara asal mereka sendiri tidak mahu menerima mereka.

“Oleh itu Malaysia dan negara-negara lain boleh menghantar mereka ke tempat khas yang diperakui bersama, di mana pihak berkuasa boleh memantau dan seluruh dunia boleh menghantar sumbangan kemanusiaan seperti diuar-uarkan selama ini.

“Semua agensi dunia wajar memberi cadangan tempat khas bukan dengan mendakwa Malaysia patut menerima, menyimpan dan menanggung PATI dan pelarian ini,” katanya.

Tambah Dr Mizan,  mungkin tempat tersebut boleh dipanggil atau diwujudkan sebagai satu negara baharu yang dinamakan negara PATI.

Banyak negara besar mempunyai keluasan tanah kosong yang besar, katanya.

Katanya, Malaysia pernah mempunyai sejarah kejayaan sementara dengan menempatkan PATI di Pulau Bidong satu ketika dahulu.

“Sebagai penyelesaian sementara mungkinkah boleh ditempatkan di sebahagian kawasan hutan yang luas di Sabah atau Sarawak atau Kalimantan supaya mereka boleh berusaha mengusahakan makanan sendiri dan menjual hasilnya kepada kita?

“Mengusahakan sendiri apa yang mereka perlu untuk hidup jauh lebih baik daripada merampas apa yang warganegara telah ada.

“Tukarkan mereka daripada perosak dan musuh negara kepada pembekal produktivi keperluan negara.

“Walaupun cadangan dilihat kurang baik tetapi amat jauh lebih baik daripada menempatkan mereka di Depoh Tahanan dan menghabiskan berbilion ringgit wang negara,” katanya.- MalaysiaGazette

5 Komen

  1. Maaf lah professor ni bodoh ke atau nak publisiti atau dia pun keturunan rohingya aka bangla celup?

  2. Cadangkan yg bernas. Mungkin buat sementera hantar mereka ke subuah pulau antara Malaysia, Indonesia atau Filupina. Biar mereka bercucuk tanam sendiri.

  3. Cadangan bagus tapi tolong jangan beti cadangan utk tempatkan di hutan sabah fan sarawak ketana kelak tetap akan memberi impak negatif kepada malaysia. Biarlah meteka keluar jauh dari malaysia, tempatkan dipulau-pulau yang boleh dihuni manusia.

  4. Puchong,Yg ko tu knpa..ko ni indo ke bngla ke apa..itu pandangan dia, yg ko bising mcn anjing manyalak tu pa pasa ya..bodoh lh ko ni..

  5. Sy cdangkan pati2 ni letak kat pulau or hutan amazon ke..bgus sikit biar mampus, spya binatang buas mkn..

Comments are closed.