drunk sodomised sodomy driver lorry attendant
ACP Nik Ezanee Mohd Faisal.

KUALA LUMPUR – Pasukan polis Bahagian Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Daerah (IPD) berjaya menahan tiga lelaki tempatan yang disyaki mengedar air ketum.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal dalam memaklumkan tangkapan pertama melibatkan penganggur yang merupakan seorang lelaki berumur 55 tahun pada 5 Julai pukul 3.30 petang menerusi serbuan di sebuah rumah teres dua tingkat.

“Semasa tangkapan dibuat suspek telah menyerahkan serangkai kunci kepada pihak polis lalu menunjukkan sebuah van jenis Nissan Vanette warna silver di tepi jalan PJS 3/11, Taman Medan, Petaling Jaya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hasil pemeriksaan van berkenaan polis berjaya merampas 235 botol plastik berisi cecair disyaki air ketum dengan anggaran isipadu: 352,500 ml, dengan nilai rampasan RM4,700.

“Hasil analisa air ketum yang dirampas boleh diagihkan kepada 1,880 orang,” katanya lagi.

Van bernilai RM5,000 berkenaan kemudian dirampas.

Turut dirampas barangan memproses air ketum, antaranya tiga tong berisi botol plastik, dua tong gas, dua periuk besar, penapis kain dan jaring besi, corong dan dapur memasak mudah alih.

Kata Nik Ezanee, siasatan awal mendapati suspek terlibat dengan pengedaran air ketul di kawasan Taman Medan, Petaling Jaya dalam tempoh dua tahun.

Suspek ditahan reman empat hari dan disiasat di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952.

“Jika disabit kesalahan, suspek boleh dihukum di bawah Seksyen 30 (5) Akta Racun 1852 iaitu denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dari empat tahun atau kedua-dua sekali,” katanya lagi.

Seterusnya serbuan berlainan pada hari yang sama jam 10. 30 malam, dua lelaki yang dipercayai mengedar air ketum di kawasan Sea Park dan Damansara selama empat bulan berjaya ditahan.

“Dalam serbuan tersebut pihak polis telah berjaya menahan dua lelaki warganegara tempatan berusia 24 dan 26 tahun,” katanya lagi.

Polis merampas air ketum bernilai RM620 dan Kodien bernilai RM840.

“Hasil analisa rampasan air ketum yang dicampur dengan Kodien boleh dibekalkan kepada lebih kurang 248 orang,” menurutnya.

Kedua-dua saspek ditahan reman empat hari dan turut disiasat di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952. – MalaysiaGazette