Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa (tiga kiri) diiringi Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Santhara Kumar ketika melawat projek River of Life di sekitar Jalan Bunus, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 07 JULAI 2020.

KUALA LUMPUR – Kementerian Wilayah Persekutuan memperkenalkan Program Pembangunan Usahawan Anak Muda Kota yang merupakan inisiatif terbaharu untuk peluang perniagaan bagi golongan belia khas di Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, program dengan kerjasama melalui Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Perbadanan Putrajaya dan Yayasan Wilayah Persekutuan akan berterusan sehingga 2023.

Jelas beliau, sebanyak 169 lokasi strategi telah dikenalpasti untuk membuat ruang perniagaan di Kuala Lumpr dan Putrajaya.

“Pecahan ruang niaga di Kuala Lumpur adalah 64 kios di kawasan Sungai Nadi Kehidupan atau River of Life; 490 kios di perhentian bas dan teksi; 85 kios di tengah-tengah pusat bandar Kuala Lumpur; 140 kios di Berjaya Times Square; 47 kios di tapak luar daerah pusat bandar Kuala Lumpur dan 200 buah makanan food 96 96 kios dan ruang niaga di medan selera di sekitar Putrajaya.

“Dataran Niaga Belia dan Presint 14, Putrajaya juga menyediakan 30 tapak niaga secara percuma selama enam bulan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Program Turun Padang di kawasan RoL Fasa 2 di Jalan Bunus dan Jalan Masjid India di sini hari ini.

Annuar menambah, kios yang disediakan adalah termasuk kemudahan fasiliti kesesuaian jenis perniagaan dengan reka bentuk yang moden, teratur, kemas dan bersih.

Ujar beliau, antara jenis perniagaan yang dibenarkan seperti makanan dan minuman; pusat gajet dan teknologi maklumat; cenderamata; kraftangan; buku; fesyen dan perhiasan serta produk kosmetik dan kecantikan.

Jelas beliau, kementerian turut bekerjasama denga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna bagi memberi peluang untuk usahawan muda mendapatkan perniagaan secara francais seperti Tealive, Costa Coffee, 1901, Coolblog, Gloria Jeans Coffee dan lain-lain lagi.

“Program ini terbuka kepada 1,122 orang anak muda berumur 18 tahun ke atas dengan keutamaan kepada golongan belia yang berbeza dan minat yang mendalam dalam bidang keusahawanan.

“Anak muda yang ingin menceburi perniagaan melalui program ini boleh digunakan secara dalam talian di https://usahawanwp.kwp.gov.my pmulei hari ini.

“Pemohon boleh mula menyemak status permohonan mereka mulai 1.Oge 2020 di laman web yang sama.

“Para peserta yang berjaya akah diberi khidmat nasibat dan latihan peningkatan keusahawanan sebagai motivasi untuk terus kekal dalam perniagaan.

“Sebagai pengguna, 80 orang peserta akan mula menjalani perniagaan mulai bulan ini hingga Disember depan,” katanya.

Annuar memberitahu, bakal usahawan akan menggunakan bayaran sewaan nominal mengikut keluasan ruang niaga bermula serendah RM20 hingga ribu ringgit. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Baru beberapa bulan sahaja mengambiialih banyak inisiatif2 yang diperkenalkan oleh Annuar Musa dan pasukannya dalam membina infra2 dan peluang2 kepada anak2 muda! Teruskan!

    Nak dibandingkan dengan yang dahulu, bagaikan langit dengan bumi!

  2. Binalah infra2 yang sistematik, kemas, tersusun supaya kerja2 maintenance menjadi mudah dan menjimatkan. Jadikan KL bandaraya yang indah dan bersih untuk dijadikan model kepada bandar2 lain diseluruh Malaysia!

    Jom sama2 bina negara Islam yang moden, progressive dan berwawasan!

Comments are closed.