Abdul Wahid Omar

KUALA LUMPUR – Malaysia perlu melihat semula dan mungkin meniru beberapa kejayaan masa lalu, seperti pelaksanaan Program Transformasi Syarikat Milik Kerajaan (GLC) untuk menangani prestasi yang kurang memberangsangkan dalam kalangan syarikat korporat tempatan.

Pengerusi Bursa Malaysia, Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata, terdapat keperluan untuk menangani penurunan pendapatan syarikat senaraian awam (PLC) sebanyak 5.4% antara tahun 2015 hingga 2019.

Keadaan itu berbeza dengan situasi bagaimana GLC diubah menjadi syarikat yang berprestasi dan melaksanakan tadbir urus yang baik dengan membina pembangunan negara pada tahun 2004 hingga 2014.

“Dalam tempoh 11 tahun itu, keuntungan bersih 17 GLC meningkat 10.2% setahun daripada RM9.9 bilion kepada RM26.2 bilion.

”Kombinasi modal pasaran mereka meningkat 2.9 kali daripada RM133.8 bilion menjadi RM386 bilion. Ini mewakili jumlah pulangan pemegang saham sebanyak 11% setahun,” katanya ketika menyampaikan ucapan aluan di Invest Malaysia 2020 hari ini.

Justeru, sudah sampai masanya bagi pemegang kepentingan termasuk GLC untuk menuntut lebih banyak daripada lembaga pengarah dan pengurusan PLC mereka labur,” kata Abdul Wahid.

Menurut Abdul Wahid, penurunan pendapatan PLC antara tahun 2015 dan 2019 disebabkan oleh cabaran dalam pasaran domestik, peningkatan ketegangan perdagangan dan pertumbuhan ekonomi yang lebih perlahan.

“Walaupun Malaysia menonjol sebagai salah satu kisah kejayaan ekonomi di Asia selama beberapa dekad yang lalu, perlu perkara ini dibincangkan secara meluas pada hari ini.

”Adakah kita akan menggunakan tempoh unik ini untuk maju lebih pantas, atau adakah kita akan kembali ke status quo?,” soal beliau. – MalaysiaGazette