Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

KUALA LUMPUR – “Kalau nak ambil parti, ambillah. Kalau nak buang nombor keahlian saya, buanglah. Saya tidak akan melengah-lengahkan usaha tuan-tuan sekalian.

“Saya akan sentiasa mencipta ruang untuk membina negara. Bagi saya, rakyat dan negara itu paling utama.”

Itu kata Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang menarik balik saman sivil yang difailkan terhadap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kerana melucutkan keahliannya pada akhir Mei lalu.

Bekas menteri belia dan sukan itu berkata demikian dalam kenyataan hari ini selepas parti itu melantik Naib Ketua Pemuda Bersatu, Aizad Roslan untuk mengetuai sayap itu menggantikannya.

Bersatu sebelum itu menghentikan serta-merta keahlian Syed Saddiq, bekas pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad dan tiga ahli Parlimen lain termasuk Datuk Seri Mukhriz, Datuk Amiruddin Hamzah serta Dr. Maszlee Malik pada 28 Mei lalu.

Ia dibuat atas alasan mereka duduk bersama blok pembangkang pada sidang Dewan Rakyat 18 Mei lalu.

Susulan itu, lima ahli Parlimen itu bersama bekas setiausaha agung PPBM, Marzuki Yahya memfailkan saman untuk mencabar keputusan parti itu melucutkan keahlian mereka pada 9 Jun lalu.

Mereka berkata, keputusan memberhentikan keahlian mereka tidak sah kerana Setiausaha Kerja, Muhammad Suhaimi Yahya tiada kuasa menyingkir mereka disebabkan kedudukannya tidak diiktiraf perlembagaan parti.

Dalam satu kenyataannya hari ini, Syed Saddiq yang juga bekas Ketua Armada Bersatu menganggap parti seperti keluarganya sendiri bukan sekadar instrumen politik.

“Walaupun ada perselisihan, saya tidak pernah sesekali membawa ia keluar dari bilik mesyuarat. Semuanya untuk menjaga dan melindungi Pemuda Bersatu yang kami bina bersama.

“Pengalaman dan pengetahuan yang saya raih dalam Pemuda PPBM besar nilainya. Hubungan yang kami bina dalam Pemuda PPBM juga tidak akan putus.

“Apabila khidmat saya di dalam Bersatu dan Armada tidak diperlukan lagi, sudah tibanya masa untuk saya pergi,” katanya.- MalaysiaGazette

5 Komen

  1. Syed sadiq, tolong simpan tolol anda dan jangan tunjuk diri anda ke sesiapa pun lagi. Tunggu diam2 sampai hasil kehilangan rm250,000 tamat.

  2. Good decision syed sadiq. Anda ada potensi tp dlm politik kdg2 takleh ikut darah muda sgt. Timba pengalaman lagi dan jgn putus asa dlm berjuang utk rakyat dan negara. Jgn terpesong ikut game politikus senior2 dah ler.

  3. Tisu lembut Tisu lembut jangan jangan pergi tinggalkan keluarga.. Tisu lembut mesti lawan dan saman jangan tak saman. Gunakan “ilmu timba” dari Hatok Der tu yang kau tuntut selama ini. Lembut lembut tapi gagahsado pikul berguni-guni duit rakyat, heran macam mustahil tapi itu benar-benar berlaku tanpa masalah.

  4. Silapnya kenapa duduk di kerusi blok pembangkang? Kenapa tidak ikut arus parti, bukannya ikut individu seperti Atok. Kan sudah menyesal, sidang parlimen belum bermula masih boleh berubah lagi.

  5. Niat nak jaga rakyat & negara ke nak jaga kocek engkau..takde sbb kita nak simpan duit 250k dlm rumah wahai Sad Dick. Belajar lg dgn atok engkau tuu..dia songlap 250b+ pun org tak leh nak trace. CHAMPION !!!

Comments are closed.