Gopal Sri Ram

KUALA LUMPUR – Pendakwa Raya ad hoc, Datuk Seri Gopal Sri Ram mendakwa beliau tidak pernah menyebut nama bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam pertemuan dengan Tan Sri Apandi Ali yang dilakukan pada awal tahun 2018.

Sri Ram yang mengetuai pasukan pendakwaan perbicaraan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, kehadirin beliau ke rumah Apandi hanya sekadar memberi nasihat profesional berkaitan undang-undang.

Itu pengakuan Pendakwa Raya itu dalam afidavit balas yang difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.

Afidavit ini dilakukan susulan afidavit Apandi yang dikemukakan untuk menyokong permohonan Najib bagi penyingkiran Sri Ram menjadi sebahagian daripada anggota pasukan pendakwaan terhadap Najib dalam kes 1MDB.

MalaysiaGazette yang melihat afidavit balas itu turut mendapati bagaimana Sri Ram mendakwa beliau tidak pernah diarahkan oleh Dr. Mahathir untuk memujuk Apandi supaya menahan Najib yang masih menjawat jawatan Perdana Menteri pada Januari 2018.

“Sahabat saya, Apandi Ali telah menyatakan fakta-fakta yang salah. Pada ketika itu, Apandi dan isterinya, Puan Sri Faridah telah menjadi mangsa serangan ‘cybertroppers’. Ianya berkaitan dengan artikel dalam portal yang di bawah kawalan adik ipar Apandi.

“Apandi memberitahu saya serangan itu adalah di bawah penggajian Najib yang antaranya menuduh beliau tidak setia, salah guna kuasa dan ketidakcekapan sebagai Peguam Negara manakala isterinya tidak ada kena mengena dengan semua ini.

“Saya kemudian hadir ke rumah Apandi untuk bertemunya dengan Faridah atas kapasiti profesional. JR Tey juga hadir bersama saya. Dalam perjumpaan itu, saya ada beri nasihat tertentu yang tertakluk kepada perlindungan profesional undang-undang.

“Apandi tampak kecewa dengan serangan-serangan tersebut. Dalam perbualan itu juga saya telah nasihat Apandi terdapatnya keterangan dalam pengetahuan awam terhadap Najib dan ia jelas merupakan tugas beliau agar Najib ditangkap dan didakwa.

“Tiada pada bila-bila masa sewaktu perbualan kami, saya menyebut bahawa saya telah dihantar oleh Tun Mahathir,” katanya dalam afidavit itu.

Sebelum ini, Apandi dalam afidavitnya yang difailkan bulan lalu mendakwa Sri Ram cuba memujuknya untuk menahan Najib atas tuduhan rasuah, beberapa bulan sebelum pilihan raya umum 2018.

Dakwa Sri Ram lagi, beliau juga tidak pernah mengadakan sebarang perbicangan berkaitan pembekuan akaun seperti dinyatakan oleh Apandi selain daripada menyebut tentang kes audit yang sedang berlangsung ketika ini.

Apandi Ali

Antara kes berkaitan 1MDB terhadap Najib adalah perbicaraan penyewelengan dana 1MDB bernilai RM2.28 bilion selain prosiding mengganggu laporan audit 1MDB.

Sri Ram mendakwa, ini merupakan cubaan Apandi untuk menolong Najib dengan tujuan mengagalkan perbicaraan yang sedang berjalan.

“Jarak masa yang singkat antara kenyataan Facebook dan wawancara tersebut dengan tarikh sambung bicara bagi kes audit 1MDB menunjukkan ini adalah usaha mengagalkan perbicaraan dengan apa jua cara.

“Ini juga telah dizahirkan oleh peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah pada hari pertama sambung audit laporan 1MDB untuk tangguh perbicaraan sehingga permohonan diselesaikan,” katanya. – MalaysiaGazette

10 Komen

  1. Siapa tak knl org tu.., tukang klentong no satu…dgr blh tapi pcya dlm dua lh…aku sokong bekas pguam ngra afandi…nk lpas diri ckp tak sbut nma mahathir pula..mnusia mcn tu tak lyk lh jadi pguam sbb tak adil nnti..

  2. Biasa le… alasan untuk melepaskan tengkok bila dah terjerat.

    Sebagai Peguam beliau tidak seharusnya hadir di kediaman Peguam Negara untuk membincang untuk berbual mengenai perkara2 bersabit dgn undang2 yang berkait mana2 kes yang sedang disiasat atau kes2 dalam perbicaraan.

    Gopal harus faham kerana beliau yang arif dalam bidang Perundangan. Beliau seharusnya berjumpa serta berbincang secara resmi dgn Peguam Negara di Pejabat Peguam Negara.

    Tindakan berjumpa (tidak resmi) Peguam Negara di kediaman AG secara tidak langsung menimbulkan keraguan yang Amat Sangat yang berkemungkinan terdapat niat jahat atau konsipirasi yang mungkin berniat untuk melanggar undang2 atau merancang apa2 perkara yang menyalahi undang2.

    Saya tak pandai tapi itu le tanggapan saya. Allah lebih Mengetahui.

  3. Sebagai peguam beliau tahu tidak blh jumpe atas ape kepesiti pon dgn pegaum negara. Ape lgi mengarahkan afandi menangkap Najib. Kenape nak terlibat melainkan atas arahan Mahathir yg ade kepentingan. Dia kena jwb kerana ade cctv rakam lawatan dia jdi putar belit lah nak lepas tengkoknye

  4. Semasa kejadian sri ram bukan penasihat undang undang perdana menteri mahupun penasihat undang undang kerajaan.Mana mungkin ketika itu dia berani menasihati peguam negara jika tidak disuruh atau dijanjikan dedak.selepas itu dia terus dilantik sebagai ad-hoc.macamlah jabatan peguam negara tidak ada peguam sebagai pendakwaraya yang hebat hebat.

  5. Alasan yang tak boleh terima dalam afidavit putar belit keling ni. Kalau hakim terima alasan ni rusaklah penghakiman.

  6. ini seekor peguam yg menasihat Atok haramkan Umno 1988 dulu,xleh pakai peguam putar alam

  7. Kah kah..penafian semata mata..siap datang nak nasihat Apandi psl undang2…helllooo ko tu sape? Ko plak pi nasihat AG..lain ler AG mcm Tommy Thomas tu..kes mahkamah semua dia sub con..haaa lawak laaa

Comments are closed.