KUALA LUMPUR – Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) menyemak semula kadar asas (BR) sebanyak 25 mata asas, iaitu daripada 2.77% kepada 2.52%, sementara kadar pembiayaan asas (BFR) disemak semula daripada 5.72% kepada 5.47%.

Kadar deposit juga akan diselaraskan ke bawah sebanyak 25 mata asas.

Semua perubahan kadar akan berkuatkuasa 10 Julai 2020.

Keputusan ini adalah sejajar dengan langkah penurunan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas oleh Bank Negara Malaysia iaitu daripada 2.00% kepada 1.75%, kata Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Mohd Muazzam Mohamed. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast