TERKINI : 200 Aduan Kes Pembuangan Sisa Makanan Secara Haram – Tuan Ibrahim Tuan Man

Selepas 16 hari pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), sebanyak 200 aduan dan kes pembuangan sisa makanan (lemak,minyak dan gris) secara haram oleh premis makanan.

Kata Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man jumlah aduan ini diterima selepas pengusaha restoran dibenarkan beroperasi semula.

Jelasnya meskiput terdapat ketetapan untuk menguruskan pembuangan sisa makanan iaitu lemak, minyak dan gris (FOG) secara berjadual oleh premis makanan namun ada yang tidak bertanggungjawab membuangnya secara haram.