Gambar hiasan

KUALA LUMPUR- Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) memutuskan hanya murid tingkatan empat dan enam semester 1 tahun 2020 di sekolah berasrama di bawah kementerian akan kembali bersekolah pada 15 Julai ini.

“Keutamaan diberi kepada kumpulan murid ini adalah bagi memastikan mereka mempunyai masa yang mencukupi untuk persediaan menduduki peperiksaan awam pada tahun 2021,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Manakala bagi murid tingkatan satu, dua dan tiga pula akan memulakan persekolahan pada 3 Ogos ini.

Mereka akan meneruskan pembelajaran berasaskan home-based-learning sehingga kembali semula ke sekolah pada 3 Ogos, tambahnya.

Keputusan itu terpakai kepada Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), Sekolah Sukan Malaysia (SSM), Sekolah Sukan Negeri (SSN) dan Sekolah Seni Malaysia (SSeM).

KPM sebelum ini mengumumkan pembukaan semula sekolah bagi murid bukan kelas peperiksaan awam adalah secara berperingkat mulai 15 Julai 2020.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast