Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

KUALA LUMPUR – Kerajaan Selangor menggunakan platform maya sebagai pendekatan baharu mempromosi Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2020 susulan penularan Covid-19.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Besarnya, Datuk Seri Amirudin Shari yang memberitahu, ekspo, seminar dan mesyuarat pelaburan berkaitan sidang itu akan dibuat secara dalam talian bagi menarik pemain industri berkongsi idea.

Katanya, menerusi Belanjawan Selangor 2020, beliau pernah mengumumkan kesinambungan SIBS dengan peruntukan sebanyak RM11 juta.

“Pencapaian SIBS 2019 amat memberangsangkan selepas menarik 787 pempamer, 35,000 pengunjung selain potensi transaksi perdagangan bernilai RM450 juta,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

SIBS 2020 dijadualkan berlangsung pada 14 hingga 17 Oktober depan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur yang meliputi empat acara besar iaitu Ekspo Antarabangsa Selangor, Konvensyen Bandaraya Pintar dan Ekonomi Digital Selangor, Persidangan Perniagaan Selangor-ASEAN serta Ekspo R&D dan Inovasi Selangor. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast