Datuk Seri Mohamed Azmin Ali

GOMBAK – ‘Mereka nak label saya labellah apa pun, dah label macam-macam dah pada saya’.

Itu kata bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berhubung kenyataan veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Abdul Samad yang menggelarkan dirinya dan Ahli Parlimen yang bersamanya sebagai ‘Kumpulan G10’.

Azmin turut berkata beliau langsung tidak terkesan dengan sebarang gelaran kepada beliau.

“Tak terkesan pun. Yang penting, kesedaran kita jelas, mengapa kita berada di sini. Itu penting.

“Nak label saya apa pun, terpulang kepada mereka. Saya berada di sini untuk memperkukuhkan kerajaan yang memberikan keutamaan kepada rakyat dan ekonomi,” katanya dalam satu sidang media, hari ini.

Shahrir sebelum ini mendakwa UMNO Johor terpaksa berkongsi jawatan-jawatan di peringkat kampung dan majlis bandaraya dengan Bersatu serta penyokong Azmin Ali.

Memetik laporan Malaysiakini, Shahrir juga melahirkan rasa khuatirnya jika kerusi Parlimen yang dimenangi PKR dalam Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) akan ditandingi calon daripada kumpulan Azmin.

Katanya, andaian itu dibuat kerana ketika ini telah berlaku pemberian kuota jawatan untuk mereka yang menyokong Azmin. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Umno pon x suka Bersatu Muyiddin n geng tp sbb nk kuasa punya pasal … Tunggu lah diaorng sejukbekukan yiddin n geng

  2. Hai Zimin. Kau yang jadi Menteri Ekonomi ketika bersama PH. Maknanya kau lah menteri.yang.tak berguna.dalam.menjaga ekonomi negara ketika dalam PH dulu. Sekarang setelah kau menyeberang kau perasan kerajaan kau orang pentingkan ekonomi dan.kebajikan rakyat. Dasat hipokrit dan munafik

  3. Akhir zaman min.
    Pendosa memang dah jadi kegemaran.
    Khianat, tu min cabang dari pendosa.

Comments are closed.