Exco Kerajaan Selangor, Ng Sze Han menyoal jawap tiga orang warga asing yang di tahan di dalam premis perniagaan semasa meyertai serbuan ke premis perniagaan ketika melakukan Ops Terjah peniaga warga asing bersama Majlis Perbandaran Klang di sekitar bandar Klang. foto MOHD ADZLAN, 10 JULAI 2020.

KLANG – Sebanyak tiga restoran warga Nepal yang beroperasi secara haram dikesan di kawasan pusat perniagaan Klang Utara.

Restoran berkenaan yang seakan-akan pusat hiburan menjadi tumpuan warga Nepal di kawasan berkenaan terutama pada waktu malam.

Menerusi Ops Terjah oleh sepasukan penguat kuasa Majlis Perbandaran Klang (MPK) hari ini, ketiga-tiga premis itu juga didapati menjual minuman  keras tanpa lesen.

Difahamkan, semua restoran berkenaan beroperasi pada 8 malam sehingga 8 pagi.

Ketika serbuan satu daripada dua restoran itu didapati seorang pekerja dan  dua rakannya sedang minum minuman keras.

Exco Kerajaan Selangor, Ng Sze Han melihat dokumen perniagaan semasa meyertai serbuan ke premis perniagaan ketika melakukan Ops Terjah peniaga warga asing bersama Majlis Perbandaran Klang di sekitar bandar Klang. foto MOHD ADZLAN, 10 JULAI 2020.

Kesemua mereka adalah warga asing.

Terdahulu sebanyak 36 premis perniagaan termasuk restoran, kedai menjual pakaian terpakai, kedai serbaneka dan kedai runcit diperiksa hari ini.

Daripada jumlah berikut, sebanyak 11 premis disita dan empat dikenakan kompaun atas pelbagai kesalahan.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam Dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han, kesalahan lain yang dikenalpasti termasuk orang tempatan menyewakan lesen kepada warga asing untuk berniaga.

“Antara kesalahan yang tanpa lesen, ada yang sewa lesen atau ali baba, ini satu kesalahan dan siasatan akan diteruskan sekiranya mereka langgar syarat perlesenan,” katanya kepada pemberita selepas Ops Terjah di sini hari ini.

Turut diserbu sebuah premis yang disyaki menjalankan aktiviti perlombongan mata wang bitcoin.

Exco Kerajaan Selangor, Ng Sze Han meyertai serbuan ke premis perniagaan ketika melakukan Ops Terjah peniaga warga asing bersama Majlis Perbandaran Klang di sekitar bandar Klang. foto MOHD ADZLAN, 10 JULAI 2020.

Justeru, Sze Han memberi amaran supaya warganegara tempatan tidak menyalahgunakan lesen perniagaan kepada warga asing sehingga membuka peluang kepada mereka memonopoli perniagaan.

“Kita harus beri keutamaan pada warga tempatan untuk berniaga. Warga asing permit atau visa mereka di negara ini untuk tujuan bekerja atau melancong bukan berniaga.

“Kalau pelabur asing itu lain. Ini berniaga dengan menggunakan lesen tempatan, ini salah,” tegas Exco kerajaan Selangor itu lagi.

MPK, katanya, tidak akan bertoleransi kepada tindakan menyewa lesen sebaliknya membatalkan lesen selain kompaun.- MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.