Menteri Wilayah Persekutuan Tan Seri Annuar Musa, beramah mesra bersama tetamu yang hadir ke Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Ahli Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPPWP) Kuala Lumpur dan Putrajaya, di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Menara DBKL. foto MOHD ADZLAN, 11 JULAI 2020.

KUALA LUMPUR – Siapa sangka dengan keadaan haru biru apabila tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) selepas memerintah hampir 22 bulan – kerajaan Perikatan Nasional (PN) mampu menangani dengan baik penularan Covid-19.

Malah Malaysia juga antara negara yang mendapat pengiktirafan dunia kerana cara kita menangani pandemik berkenaan secara begitu efektif dan angka kes menurun dalam tempoh hampir 100 hari.

Kata Annuar, engan hanya beberapa minggu sahaja menubuhkan kerajaan dan mula menjawat jawatan, hakikatnya isu Covid-19 tetap menjadi satu keutamaan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama-sama keseluruhan Kabinet.

“Kita terpaksa pilih, adakah kita hendak dahulukan politik, keadaan ekonomi atau soal nyawa dan keselamatan rakyat?

“Kita tahu pada masa sama, kita terpaksa berjimat cermat kerana ketika itu harga minyak jatuh dengan teruk, khazanah menguncup, hutang pula banyak di tinggalkan kerajaan lama.

“Malah masa itu, dunia tidak ada apa-apa penanda aras bagaimanakah pandemik ini boleh ditangani, kita pula masih baharu beberapa minggu tubuh kerajaan. Tetapi Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama pimpinan lain memilih nyawa rakyat sebagai keutamaan.

“Alhamdulilah, tindakan itu tepat sekali. Tidak sampai beberapa minggu, kita sudah mampu mengambil satu keputusan cukup baik ketika itu.

“Jika hendak dibandingkan dengan negara-negara hebat, kaya, lebih maju dari segi sains teknologinya yang akhirnya rakyat mereka berpuluh ribu mati kerana Covid-19, berjuta-juta dijangkiti virus ini dan penyakit lain,” katanya pada Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Ahli Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPPWP) Kuala Lumpur dan Putrajaya di sini hari ini.

Sambung Annuar lagi, kini kita tidak perlu lagi melalui keadaan beberapa bulan lepas termasuk Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mahupun kawalan ketat yang lain lagi sebaliknya lebih kepada displin diri sendiri mematuhi garis panduan sedia ada.

“Alhamdulliah, sudah ada pengumuman mulai minggu depan perhimpunan sudah tidak lagi dihadkan kepada 200 orang sahaja, kita sudah boleh kembali kepada kehidupan kita yang biasa tetapi masih perlu ikut panduan di tetapkan demi kebaikan semua.

“Kini kita tidak perlu lagi berpandukan kuasa tentera atau polis, saya ketika itu menjadi Pengerusi Keselematan Kementerian Wilayah Persekutuan, tiap hari bermesyuarat. Terpaksa gunakan polis, tentera. Juga pasang dawai besi sana sini.

“Tiap-tiap hari ada sekatan jalan raya sepanjang masa. Semua sudah berubah. Kini terpulang kepada diri kita sendiri sebenarnya.

“Parlimen juga akan bersidang pada Isnin ini seperti biasa, kita juga ada dengar macam-macam, kononnya ada usul tidak percaya akan dibentangkan kelak.

“Saya hendak tanya, apakah kita mahu terus berebut jawatan dan pangkat dan biarkan masalah rakyat tidak dipedulikan atau kita hendak bentuk satu kerajaan yang mendahulukan kepentingan rakyat.

“Politik sebenarnya bukan bertujuan politik sebaliknya untuk rakyat. Ia datangnya dari rakyat, di bina oleh rakyat dan akhirnya untuk rakyat. Ingatlah itu sebaiknya. Jawatan PM ini hanya sementara sahaja, boleh bertukar silih berganti,” tegasnya. –MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Congratulations to the PM, all the ministers and fellow Malaysians. We have done a good job. From now on, let us concentrate on nation building and cast away the self-centered politicking. Mahathir, Anwar, Kit Siang, Guan Eng, Maszlee Malik, Syed Saddiq, Nurul, Wan Azizah and others in PH, please come out in public and say a few words on our success story. I know you can’t do it because for you it is all about money, contract, power and popularity. You guys are not sincere in your  spirit as true Malaysians. You never cared for the lives of the people when the Covid pandemic was at its peak. Thank God, TSM, like a God sent PM came as a savior to help the people. In my perspective, I look at it as God’s intervention. The situation could have been worse if PH was the government during the critical stage of the spread of the virus.  Anyway, since the pandemic has been brought under control, we got to move forward with the rest of the world. People need job security, better salary and living standards. Hope we can maintain PN until the next GE.

Comments are closed.