TERKINI : Parti Keadilan Sudah Tidak Relevan, Rakyat Hilang Keyakinan – Azmin Ali

Parti Keadilan Rakyat (PKR) semakin tidak relevan ekoran tindakan zalim yang dilakukan oleh pemimpin sendiri. Bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, ia dapat dilihat menerusi pemecatan keanggotaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Lembah Jaya, Haniza Mohamed Talha baru-baru ini.

“Keadilan (PKR) sudah tidak lagi relevan. Sejak beberapa tahun ini Parti Keadilan sudah tercalar dan rakyat sudah hilang keyakinan kepada kepimpinan yang ada pada hari ini,” katanya yang juga Ahli Parlimen Gombak.

Azmin yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata demikian ketika ditemui pada lawatan kerja beliau di Kampung Nakhoda di sini hari ini.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast