Khairuddin Abu Hassan. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 5 JUN 2015.

KUALA LUMPUR – Keputusan Tun Mahathir Mohamad dan Parti Warisan menjadi blok bebas dilihat tepat kerana tidak mempunyai sebarang ikatan dengan Pakatan Harapan (PH).

“Tanpa (Ketua Pembangkang) Datuk Anwar Ibrahim akan memudahkan gerak kerja bagi mendapatkan nombor yang mencukupi dalam kalangan ahli-ahli Parlimen yang mula tidak selesa dengan konsep gabungan sementara kerajaan PN (Perikatan Nasional) yang senantiasa ‘dibuli’ oleh parti UMNO mahupun golongan bermasalah yang kini menghadapi pelbagai tuduhan mahkamah.

“Senario lanskap politik tanahair dijangka akan berubah lagi dengan perkembangan terbaru ini,” kata bekas penyelaras parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Beliau sendiri sudah mula dihubungi oleh ramai rakan-rakan ahli Parlimen yang memberi reaksi positif kerana mereka semakin tidak senang dengan gelagat angkuh segelintir daripada pemimpin-pemimpin UMNO yang juga kelihatan sedang menyusun agenda kepentingan sendiri tanpa semangat penyatuan secara tulen dalam PN.

“Saya akan terus berjuang dengan Tun Mahathir, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal serta rakan-rakan lain yang kini telah mengujudkan satu dimensi baru wadah perjuangan blok bebas tanpa terikat dengan PH.

“Sokongan terhadap blok bebas ini naik memuncak di kalangan ahli-ahli parlimen berprinsip termasuk golongan generasi muda.

“Reaksi mereka semua amat positif terhadap pengumuman Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengisytiharkan mengujudkan satu blok bebas kini,” kata Khairuddin. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Dia ni sembang cam orang mabuk. Cuba bagi jawatan tengok, silap-silap sekali dengan mahathir dia nak sumbat ke dalam.

Comments are closed.